Penculikan : panggilan dan sms .. palsu ataupun betul ?
PETALING JAYA 10 Jan — Bapa kepada Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang setelah dipercayai diculik pagi semalam menerima panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu di mana anaknya berada.
“SMS yang terbaru saya terima ialah kira-kira pukul 10 pagi tadi, mengatakan anak saya berada di perhentian bas Butterworth, Pulau Pinang.
“Sekitar pukul 8.30 pagi pula saya mendapat panggilan telefon daripada seorang perempuan yang memberitahu ternampak seorang kanak-kanak seakan anak saya di Puduraya sekitar pukul 4.30 petang semalam, Pemanggil itu menyangka kanak-kanak tersebut adalah anak saya apabila melihat gambar Nini terpampang di akhbar hari ini.
dayat wrote: Sekarang ni kes culik ni dah makin popular, tgk la apa jadi pada kes sebelum ini. Apa yg kita dapat? Actually sebelum ni pon dah banyak kes culik tp kerana baru2 ni popular skit, so maklumat pon senang tersebar, kepada pemberi maklumat, kalau betul anda tu nampak org tu, kenapa anda tak pergi selamatkannya dahulu? takut? atau malu jika salah orang?
“Semua maklumat ini telah pun saya serahkan kepada polis,” kata Mohd Nashar Mat Hussain, 29.
Mengulas perkara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed meminta orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam memberikan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan.
“Daripada pengalaman lalu, kebanyakan maklumat yang diberikan adalah tidak tepat dan mengelirukan dan ini akan melambat dan menjejaskan siasatan,” katanya.
Ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 28, berkata anaknya mengidap asma dan perlu mengambil ubat tiga kali sehari bagi menahan sakitnya.
“Nini sakit asma sejak kecil dan kami perlu bawa dia ke klinik berhampiran rumah untuk rawatan. Ada masa tertentu penyakitnya akan jadi teruk dan kami perlu bawa dia ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut,” katanya.
Kakak kepada Sharlinie, Sharliena, 8, yang ada bersama adiknya semasa kejadian memberitahu adiknya dibawa oleh seorang wanita menaiki sebuah kereta berwarna hitam.
“Saya nampak Nini dipegang oleh seorang perempuan. Naik kereta hitam.
Nini menjerit dan meronta-ronta tapi saya tak boleh buat apa-apa.
“Saya balik rumah bagi tahu mak,” katanya.- Bernama
Sumber : Utusan Malaysia
Popularity: 1% [?]
Leave a comment
Advertisement
Categories
Archives
- January 2012 (1)
- December 2011 (1)
- November 2011 (8)
- June 2011 (1)
- April 2011 (3)
- March 2011 (11)
- February 2011 (7)
- January 2011 (9)
- December 2010 (16)
- November 2010 (22)
- October 2010 (6)
- May 2010 (1)
- April 2010 (5)
- March 2010 (6)
- February 2010 (7)
- January 2010 (11)
- December 2009 (18)
- November 2009 (14)
- October 2009 (1)
- September 2009 (1)
- August 2009 (6)
- July 2009 (6)
- June 2009 (7)
- May 2009 (9)
- April 2009 (4)
- March 2009 (8)
- February 2009 (11)
- January 2009 (11)
- December 2008 (18)
- November 2008 (6)
- October 2008 (3)
- September 2008 (3)
- August 2008 (2)
- July 2008 (4)
- June 2008 (1)
- May 2008 (8)
- April 2008 (14)
- March 2008 (10)
- February 2008 (16)
- January 2008 (23)
- December 2007 (23)



